Ermm! Ni dah masuk musim tengkujuh dan cuti sekolah pun dah dekat. Anggota DAPAT (Dataran Pahlawan Anglers Team) semuanya sedang berehat!(Berehat dari memancing) dan sedang menumpukan perhatian pada perniagaan masing-masing maklumlah cuti sekolah dah dekat sangat ni. Apa-apa pun dalam kepala masing-masing tetap ada perancangan nak pergi mancing. Setakat ni ada dua perancangan...pertama..nak mancing di kelong Mersing, kedua...di Tioman!
Dua-dua tempat kami tak pernah pergi. Agak-agak, mana yang best? Mungkin Tioman kot!
Kita tunggu dan lihat. Sambil-sambil tu terus buat persediaan dan perancangan.
Monday, November 7, 2011
Thursday, November 3, 2011
Penyu
Kalau setakat Ferari, Brabus, Porsche tu selalu kita dapat nengok kat highway. Kat kedai kereta pun ada. Tapi.....sepasang penyu berenang berhampiran kelong, memang payah nak jumpa!!
Apa syoknya mancing ni?
Apa yang syoknya gi mancing ni.....?
Soalan lazim bagi yang bukan kaki pancing. Setiap pemancing ada sebab yang tersendiri kenapa dia pergi memancing. Ada yang mancing pasal cari rezeki lebih, ada yang mancing pasal suka makan ikan fresh, ada yang mancing saje-saje nak buang-buang masa, ada yang gi mancing pasal hobi dan ada juga yang betul-betul gila mancing (hari-hari gi mancing).
Tapi bagi kami, memancing ni pasal nak release tension! Dah penat kerja, kami gi mancing. Tu pun sebulan sekali aje.. kebiasaannya kami pergi ke kelong yang dekat-dekat je. Paling selalu, Kelong Abu. Buat masa ni Kelong Abu paling best bagi kami. Kemudahan cukup, ada bilik, dapur, bilik air dan pengendalinya pun ok. Ikan gred sederhana aje. Paling besar pun pari 2 kilo (yang kami pernah dapat le), kurau saiz 1 kilo tu selalulah juga. Tetuka, gelama, duri, serkot, todak memang banyak. Siakap dan kerapu memang ada tapi tak pernah la pulak dapat, belom ada rezeki agaknya.
Tapi yang pasti, tiap kali kami pegi mancing.....memang enjoy!!

Wednesday, November 2, 2011
Kelong PNNM Kuala Sebatu
Kelong Abu
Pulau Besar, Melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)