Wednesday, November 2, 2011
Pulau Besar, Melaka
Antara kenangan yang tak dapat dilupakan...memancing di Pulau Besar Melaka! Sampai sebelah petang, terus ke Gua Yunos. Panjat bukit untuk sampai ke Gua Yunos. Dengan peralatan memancing dan bekalan. Tempat agak sukar untuk sampai dan tak sesuai untuk memancing. Selepas dua tiga balingan, tukar plan dan turun semula. Dalam perjalanan turun...seorang sahabat terjatuh dan retak tulang kaki!! Atas nasihat seorang lelaki kami berpindah ke Jeti. Malam tersebut, Pulau Besar dilanda ribut. Kami tidur dalam hujan dan kesejukan. Ketakutan hanya Tuhan saja yang tahu! Motosikal yang kami sewa dan letakkan di jeti terbalik ditiup angin dan jeti konkrit berayun! Penglihatan sangat terhad, hanya sekitar lima meter sahaja. Syukur Alhamdullillah, selepas lebih kurang 3 jam ribut dan hujan pun reda. Selepas dari tu tak berani nak bermalam kat jeti Pulau Besar lagi!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment