Monday, November 7, 2011

Tioman atau Kelong Mersing?

Ermm! Ni dah masuk musim tengkujuh dan cuti sekolah pun dah dekat. Anggota DAPAT (Dataran Pahlawan Anglers Team) semuanya sedang berehat!(Berehat dari memancing) dan sedang menumpukan perhatian pada perniagaan masing-masing maklumlah cuti sekolah dah dekat sangat ni. Apa-apa pun dalam kepala masing-masing tetap ada perancangan nak pergi mancing. Setakat ni ada dua perancangan...pertama..nak mancing di kelong Mersing, kedua...di Tioman!
Dua-dua tempat kami tak pernah pergi. Agak-agak, mana yang best? Mungkin Tioman kot!
Kita tunggu dan lihat. Sambil-sambil tu terus buat persediaan dan perancangan.

Thursday, November 3, 2011

Penyu

Kalau setakat Ferari, Brabus, Porsche tu selalu kita dapat nengok kat highway. Kat kedai kereta pun ada. Tapi.....sepasang penyu berenang berhampiran kelong, memang payah nak jumpa!!

Apa syoknya mancing ni?

Apa yang syoknya gi mancing ni.....?
Soalan lazim bagi yang bukan kaki pancing. Setiap pemancing ada sebab yang tersendiri kenapa dia pergi memancing. Ada yang mancing pasal cari rezeki lebih, ada yang mancing pasal suka makan ikan fresh, ada yang mancing saje-saje nak buang-buang masa, ada yang gi mancing pasal hobi dan ada juga yang betul-betul gila mancing (hari-hari gi mancing).
Tapi bagi kami, memancing ni pasal nak release tension! Dah penat kerja, kami gi mancing. Tu pun sebulan sekali aje.. kebiasaannya kami pergi ke kelong yang dekat-dekat je. Paling selalu, Kelong Abu. Buat masa ni Kelong Abu paling best bagi kami. Kemudahan cukup, ada bilik, dapur, bilik air dan pengendalinya pun ok. Ikan gred sederhana aje. Paling besar pun pari 2 kilo (yang kami pernah dapat le), kurau saiz 1 kilo tu selalulah juga. Tetuka, gelama, duri, serkot, todak memang banyak. Siakap dan kerapu memang ada tapi tak pernah la pulak dapat, belom ada rezeki agaknya.
Tapi yang pasti, tiap kali kami pegi mancing.....memang enjoy!!

Wednesday, November 2, 2011

Kelong Abu (Kelong Baru)

Pemandangan indah sewaktu senja

Sebahagian dari hasil tangkapan


Jeti Pantai Siring


Chef Hafiz sedang membuat persedian untuk makan malam

Kelong PNNM Kuala Sebatu


Azmil dan Bro Nasron berposing dengan ghemang


Jeti Nelayan Kuala Sebatu

1 November 2011 (Musim Tengkujuh dah mula).First time mancing di Kelong Persatuan Nelayan Negeri Melaka di Kuala Sebatu. Azmil berjaya mendaratkan Ghemang 1 kilo!! Yang lain tu tumpang amik gambar aje. Banyak spesis tetuka, senangin dan gelama. Rekod baru..20 kali buntal putuskan tali!!!

Kelong Abu





Kali pertama memancing di kelong. Masa ni kelong ni masih lagi kelong lama. Peserta dam trip ni : Pak Agos, Halim, Hafiz dan Jamil (saya)

Pulau Besar, Melaka

Pemandangan daripada jeti Pulau Besar

Sebelum memancing, posing dulu!

Jeti Anjung Batu


Antara kenangan yang tak dapat dilupakan...memancing di Pulau Besar Melaka! Sampai sebelah petang, terus ke Gua Yunos. Panjat bukit untuk sampai ke Gua Yunos. Dengan peralatan memancing dan bekalan. Tempat agak sukar untuk sampai dan tak sesuai untuk memancing. Selepas dua tiga balingan, tukar plan dan turun semula. Dalam perjalanan turun...seorang sahabat terjatuh dan retak tulang kaki!! Atas nasihat seorang lelaki kami berpindah ke Jeti. Malam tersebut, Pulau Besar dilanda ribut. Kami tidur dalam hujan dan kesejukan. Ketakutan hanya Tuhan saja yang tahu! Motosikal yang kami sewa dan letakkan di jeti terbalik ditiup angin dan jeti konkrit berayun! Penglihatan sangat terhad, hanya sekitar lima meter sahaja. Syukur Alhamdullillah, selepas lebih kurang 3 jam ribut dan hujan pun reda. Selepas dari tu tak berani nak bermalam kat jeti Pulau Besar lagi!!

Kelong Rajah Port Dickson