Thursday, February 2, 2012

31 Januari 2012



Agak lama juga tak pergi memancing, maklumlah musim tengkujuh. Kebetulan pula cuti sekolah, jadi kami sibuk dengan bisnes masing-masing. Bagaimanapun pada 31 Januari 2012, setelah lama menahan perasaan.. kami telah pergi ke Kelong Abu! Kelong feveret kami! Walau tangkapan tak sehebat mana tapi yang penting hepi!! Kali ni kami cuma berlima. Saya (Jamil), Nasron, Hafiz, Boy dan juga Wong.

Kelong Abu memang santai dan selesa. Kami sampai lebih kurang jam 12 tengahari. Hampir dua jam juga mencuba namun tak berhasil. Tak mungkin!!!! Kelong Abu tak pernah mengecewakan kami.
Setelah hampir dua jam barulah ikan pertama dinaikkan. Kurau seberat 500 g. Taklah besar, tapi kira ok lah tu. Selepas tu berturut-turut ikan makan umpan. Boy dengan sembilang setengah kilo, duri, gelama dan tetuka. Ada ikan yang agak besar tapi sayang terlepas! Nasron berjaya mendaratkan Kerapu. Kali pertama dinaikkan oleh group kami.
Dapatlah juga hampir satu tong.
Kesian Boy!! menjelang pukul lapan malam terpaksa telefon bot untuk bawa dia pulang. Boy diserang Asma.
Seminggu dua ni rasanya mungkin pergi lagi kot! Rasa tak puas walaupun semalaman dikelong.

No comments:

Post a Comment